Pn. Vasanthi a/p Ambikapathi,
my 2nd boss yg telah pn bertukar mulai esok.beliau merupakan bos aku yg paling sporting,byk memahami aku dan tersangat best.aku ada 2 bos sebelum ni.yg ni yg kedua dan paling menggembirakan aku.
tak tau mcmaner aku nk menggambarkan kesedihan aku.akak-akak kt sni smua nangis.biasala,smuanya perempuan.aku sorang je adik lelaki kt unit kewangan ni dan akula juga lelaki tunggal.singkat masa beliau bersama aku.sedar-sedar...dah kena bertukar ke JPS Perak.xseronok sungguh rasanya.
biasala tu,pertemuan dan perpisahan adalah adat dlm persahabatan.dlm pekerjaan mana sekali pn,org akan dtg dan pergi.namun jika seseorg itu baik,maka beliau akan dikenang sepanjang masa,.
bak kata pepatah melayu,tempat jatuh lagikan diigt,inikan pula tempat bermain.pn, i really gonna miss u.walaupn xtukar jauh (dlm ipoh jer pn),tp air mata beliau menyebabkan aku rasa sgt sedih.
aku pernah dpt sorg bos perempuan sblm ni,(semua boss aku sejak kerja goverment ni perempuan ajer) tp aku xpernah rasa sesedih ni.
nthla,hnya blog ni tpt aku menulis dan mencurah rasa hati,mencurah segala buah fikiran dan kegatalan tangan aku utk menulis (selain aku dpt praktis taip la dgn lebis efisyen..hehehehe).
ada beberapa gambar kami tangkap bersama sbg satu unit.khas kpd beliau dan utk beliau.andai kata beliau tgh tgk blog aku skrg ni...mesti beliau akan terigtkan kenangan bersama dgn staff,pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara amnya dan kakitangan Unit Kewangan Khususnya.
Sunyila aku lps ni,.selalu tiap-tiap pagi beliau memanggil aku dgn menjerit dari biliknya.bukan menjerit marah,tp suara beliau yg amat manja menyebabkan aku segera bgn menemui beliau.lps ni,xderla jeritan dan gelak tawa beliau.aduh,aku rindukan saat begitu.
Time aku menulis post ni,aku sorg je tinggal kt pejabat.bkn sbb aku rajin wt kerja,tp aku nk luahkan rasa hati aku ni sorg-sorg.jd xder org barula rasa sunyi.best skt.Pn V, Maaf andai saya pernah melukai,tekasar mahupn salah dan silap pada puan.i hope i will see u soon..
So,Enjoy The Pic...
Salam...
Satu request daripada abg nazri lampu dinding utk aku tgkp gambar keter aku,so kebetulan sempat aku curi-curi masa kt pjbt,dptla aku snap beberapa pic menggunakan kamera pejabat Canon EOS 400D Digital.
aku xpernah pakai camera ni,so aku hantam sajala shoot gmbr ni.klu nk dibandingkan aku dgn abg-abg cameraman yg lain tu,aku umpama sebutir pasir je dlm dunia ni.kerdil sgt utk memaparkan gmbr yg cantik.dan klu ada apa-apa komen dan kritikan,dipersilakan...
sorila pasal keter comot sgt.dh lama benar xbasuh.xder updated aper,xder tmbh aper pn,dn xnaik hp aper pn,cuma nk menambahkan koleksi gmbr keter reput aku ni ajer..
masa blk semalam,aku ada tmbh skt.nmpak matahari terbenam nmpak cntik jer,aku pn snap la dgn menjadikan kreta aku sbg model..hehehehehe!!
so you guyz,enjoy the pic...
Assalamualaikum
kepada sesiapa yg berada ataupn dtg ke bandaraya ipoh,dipersilakan ke satu lagi destinasi yg indah.seakan-akan ala-ala uptown dan jalan telawi di kl ataupn apapn seangkatan dengannya, dataran ipoh menjanjikan kecantikan dan kemeriahan bandaraya ipoh pada waktu malam.terletak di pusat bandaraya dan berhadapan dgn kompleks pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh dan jgk Greentown Business Center, dataran ipoh menjadi tempat tumpuan bagi menjamu selera pengunjung-pengunjung yg dtg ke bandaraya ipoh ni.
digelar MBI Terrace, tempat happening ni menjadi tempat tumpuan anda mejamu selera.apa yg korang nk?hampir ke semua menu makann ada.sebenarnya aku ni xder niat nk tgkap gambr kt sni pn.tp aku xsngaja ke sni.tatkala aku masih menunggu kepulangan isteriku dari kl,kebetulan plak aku bwk kamera member aku,maka aku shot ajerla.tempat menrik utk dikunjungi ni..
sbnrnya lps blk dr kerja ari jumaat aritu,27.6.2008 aku terus ke jalan pasir puteh bersama kamera member aku atas sbb nk riki moto kt sna,..ni pn request dari mr Rudy kt kl nun suruh tgkkn motor kt ipoh.last-last aku dh smpai rupanya motor tu xder.xdptla aku nk tlg ko rudy..
lps dr riki motor tu blknya aku riki tempat mkn lunch kami [satu unit - kira kami satu unit nk wat farewell la] sbb bos aku plak nk bertukar.sedih siot.xsampai setahun dh kena tukor.aduh,..klula aku berkuasa super saiyan tahap dewa julajuli meggapai petala langit ke 18,lama dah aku thn dia jgn tukar.tp aku ni insan yg kerdil..hehehe..dh melalut plak..
abis je riki tmpt makan kami aku singgah la dataran ni.aku berdua riki tempat mkn bersama izwan.lgpn aku suka lepak kedai kawan aku ni.nama kedainya klu xsilap aku "mee udang ina" ataupn lebih kurang tu la jgk.menu feveret aku kt sni ialah asam laksa+fishball dan limau ais blend.klu nk kenal kedai dia yg maner satu,tgkla ada moto scramler kaler putih.tu la kedainya.dan pembancuh air nya tersangatla hensem (kawan aku tu - nk promote dia ni..hehehe) bernama shidan.tunang dia tu la yg nama ina..
jadi aku dan izwan enjoy makan kt sna sambil menikmati makan malam.aku nk blk pn mls sbb bini aku nnti akan smpai pada pukul 12mlm.nk kena amik lg.jd lepakla dulu pekena asam laksa.dlm pkl 10 lbh baru aku blk siap-saip mandi dan amik kreta utk keluar mengambil dan menanti kepulangan isteri aku yang tercinta ni..hehehehe...org dh kawin,cmni la!!
cadangnya tempat ni aku nk wt tt utk geng killerbees region perak,tp xbrpe nk jln lg.aperpn smuanya dlm perancangan.tempat yg menarik utk dikongs.so,enjoy the pics..
TQ
Agak lama aku xpost aper-aper dlm vox aku ni.bdwy, just nk share dgn kwn-kawan yang lain gambar di cameron hghland.sbnrnya lama dah pergi,(actually after kenduri tu) tp skrng bru ada masa nk menulis..hehehehe..
kami menginap di tanah rata,heritage hotels & condo's.best jgk.aku sewa apartment 3 bilik berdua saja.hahahaha..3 hari 2 mlm ada 3 bilik.mana-mana pn ble tido.tp aku ngn wife aku tido master bedroom jer..
agak menarik jgk rupa bentuk hotel ni.ala-ala tempat mat salleh tu.menarikla.satu perkara yg sememangnya dah lama aku perasan kt cameron highland ni,mana-mana hotel pn xpernah ada aircond.dh mmg sejuk.dn kebetulan time aku pergi pn musim hujan,mak aih...mmg bestla.sujuk Oooo..
hari pertama tu aku xkuar umah pn.dok je dlm.sejuk giler.2nd day aku bru kuar jalan-jalan.tempat yg sememangnya aku pergi dah semestinya ladang teh sg palas.best ooo...ble tgk permandangan ladang teh yang cantik..
Sepatutnya gambar ni personal,tp xperla.bg la tgk skt-skt.hahahaha.best jgk.lama sgt aku xdtg cameron.dulu aku dtg time bujang,lain skt rasanya.skrng ni dtg pn dh berdua,lg la lain.best siot.sgt indah gambar di ladang teh sg palas ni.jlnnya mak datuk...skt main sempit.klu keter nk berselisih kena berenti bagi laluan dulu sbb jalannya hanya memuatkan satu kenderaan.aku pergi dlm pkl 10 pg.time tu awal lagi dan xbyk sgt org dtg.time aku nk blk tu,byk giler keter masuk.bas adala 3,4 bijik.mnyusahkan betul bas jalan kt lorong sempit ni.tp xperla.saper nk dtg,kenala bg laluan kt org yg nk blk..
dan perkara yg sememangnya org datang cameron dan akan beli adalah strawberi.ada gmbr time kt strawbery park,tp xmaula aku tunjuk.cukupla aku bg gambar buah strawberi.yg pastinya,aku suka pergi raju's strawbery park.walaupn nk naik tinggi bukitnya,tp berbaloi.sayangnya aku dtg time tu bukan waktu memetik buah,.jd pihak strawbery park xbg kami petik.raju's farm ni xjaun pn dari brincang.dkt je dgn hotel equatorial.jalan kaki pn ble sampai.berdekatan raju's farm tu ada pasar pagi.macam-macam ada dijual kt situ.
aku mengambil keputusan xnk bli aper-aper pn lagi.sbb otw balik pn aku lalu situ jgk.masa blk tu byk la memborong sayur sampai aku lupa nk bli jem strawbery kegemaran bapak aku.dh turun ke ioph baru org bgtau yg klu nk bli sayur murah kt pasar malam brincang.ceh,rugila...xperla.dh lepas dh pun.
lepas abis merayau tu aku blk ke hotel.ada la bli bungkusan teh 3,4 buah khas utk diagihkan pada saudara 2 belah pihak.dulu bli utk sblh pihak,skrng dh berdua.kena la gamaknya membeli semuanya...xperla.rezeki sedara mara aku jgk..
lepas blk merayau dlm tghr aku blk hotel.lepak dan selepas asar aku kuar.saja jln kaki rayau-rayau kt pekan tanah rata jgk.satu-satunya tempat yg aku nmpak ada padang yang besar adalah padang diraja.mgkin klu jd konvoi killerbees ni dlm bln 8,kt situ la kena regroup.hahahah..bas stesen dia pn best.rupa classic giler.menarikla.jalan kaki jer sbb pekan tanah rata ni bknnya besor pn.
habis merayau blk tido.mkn mlm pn aku bungkus jer.xlarat nk rayau mlm-malam kt sni.sejuk..so hari berikutnya tiba masa utk pulang.aku check out dlm pkl 10 dan terus ke pasar yg aku maksudkan td.borong sayur sampai 4 trip bwk masuk ke dalam keter akibat tangan dh xlarat nk membawa dh.satu jer nasihat aku,klu dtg cameron,pastikan bkn cuti skolah.mak datok pnye ramai org yg dtg.harga brg dh tentula naik.itu sudah pastila.tp harga masih ble dirunding lagi.nego la selagi yg mampu.
abis shopping aku blk.xnk lepak lama-lama lagi sbb takut habis lagi duit aku.hahahaha...xperla.ada lagi rezeki org dh kahwin ni nnti.tp apa yg pasti,lps ni aku mesti dtg lagi cameron tp bkn dlm cuti skolah.kali ni manerla tau dh ada isi plak perut bini aku?hehehe...insyaallah klu ada rezeki.
turun je dr cameron aku terus shoot ke alor staq.lepak sana dlm 2,3 hari aku blk ke ipoh.smpt aku tt mlm last day dgn geng killerbees alor staq.u all mmg bestla..sampai je kt ipoh,mlm dh pn.terus tido.
hari esoknya aku bwk wife aku makan kt oldtown white cofee kt padang ipoh.suasana pn menarik sbb bgnn dia old skool..
habis sudah masa spend aku dgn wife aku.jd aku kena anta wife aku blk ahad tu 1 jun 2008.habis dh masa cuti yg aku dn wife aku habiskan bersama.wife aku skrng ni berulangla blk ke ipoh.aku nk dtg ke sna xder tempat nk stay.nk lepak umah kengkawan, xsyok plak nyusahkan deme.biorla.aper nk buat.lambat beno JPA nk tukarkan bini aku ni.klu dh sarat jgk wife aku ni,aku serang JPA klu time tu wife aku xdpt tukar.terpaksa la aku berubah jadi SPACE COP GABAN...
hahahahaha..thats all for now.ada perkara menarik nnti aku smbg.wt maser ni aku pn dok sibuk dgn biz part time aku ni.nk tau?layarila http://smaesthetichouse.vox.com tp aku pn blum updated detail aper pn lg.saborla.sebok sktla ada 2 kerja ni..
anyway,thanks sbb sudi baca celoteh aku ni.hahahaha.hingga kita bertemu lagi..assalamualaikum!!!
Pada rakan-rakan,sahabat handai dan sesiapa yang telah pn hadir..
Trima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua.di sini,saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang telah pun datang pada kenduri saya.mana yang tak terlayan ker,makan tak sedap ker,tak makan ker..mohon maaf byk-byk.terima kasih atas kesudian anda semu hadir.terima kasih semua...TQ
p/s:lama benar tak updated ni!!hehehehe...
Salam,
lama dh tak updated vox aku ni.so aku nk share skt pic time gambar kenduri kahwin aku ni.actually,aku nk upload sndri gmbr ni.,tp mr cameraman aku a.k.a. mr fird aku ni xbg lagi cdnya,maka aku pn cilok la skt drpd site dia ni.[fird - gua tau lu sebok brader,tp cd gua jgn lupa..muahahaha!!]
memandangkan itula,maka aku amik dari site dia,.hahaha.so aku upload skt gmbr-gambar ni.sebelum aku lupa, aku nk ucapkan ribuan terima kasih pada mr fird yg sanggup last minit pnye offer pn dia brani dtg dan jgk jurusolek aku ni,..kak tik..tqvm u all to make this happen.tq!!!!
pada rakan-rakan bini aku yg xtgk lagi gmbr side aku,dipersilakn tgk...enjoy the pic....
Dan pada mereka yg ingin mendapatkan khidmat jurugambar dan jurusolek,ble refer kt sni..
links :
my photographer http://firudos.vox.com fird - 0126931645
my makeup artist http://atiqah.vox.com tika - 0135100718 (ipoh valley only)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, Berkat kesyukuran kehadrat Illahi, saya berbesar hati ingin menjemput semua sahabat handai, kenalan, rakan taulan, cikgu, bos serta rakan seperjuangan sekeluarga ke Majlis Perkahwinan saya pada hari AHAD 25 Mei 2008 di alamat 79597, Jalan Undan, Kg. Dato Ahmad Said Tambahan II, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.Detail alamat adalah seperti yang tertera di bawah...
Dan pada yang agak jauh di utara semenanjung tanah air, dijemput juga ke Majlis Perkahwinan saya di pihak Pengantin Perempuan pada hari SABTU 24 Mei 2008. Alamat dan detail adalah seperti di bawah..
Keperihatinan Tuan, Puan didahului dengan ucapn ribuan terima kasih.Sekian, Terima Kasih..
azamNecRonE,
Seminggu aku kat sana.mula-mula tu syok la.tp dah lelama,boring gak sbb smua tempat aku dah rayau.heheheh..but this picture brings a big meaning to me.hari terakhir sebelum aku balik aku dptla aku abadikan didalam memori aku,.betapa besarnya keangungan ilahi.seminggu disana, seminggu jgk la aku menguruskan peserta-peserta induksi (almaklumla; urusetia kursus induksi umum & khusus, Jabatan Perhutanan Negeri Perak)..Dengan Jadual yang agak padat,sempat jgk mencuri masa utk merayau.bkn ape, sekadar menikmati keindahan di negeri sendiri..
Sepanjang di pangkor, sempat jgk aku melawat tempat-tempat yang menarik disana.antaranya adalah kota belanda (boikot barang2 belanda ni)dan juga great wall of china.org kt sni panggil la.selain tu pelancong juga di beri peluang utk melawat tempat-tempat memproses ikan kering,ikan bilis, sotong kering dan macam-macam tempat memproses hasil laut.
kawasan pantai yang indah juga menarik perhatian pelancong yg datang.sekali-sekala dapat juga menenangkan fikiran bila tiba di sana..
aktiviti malam selain memancing, ada la disco karaoke pub.aku pn xtau nk ckp cmner.tp karaoke yg ada tempat stage tu.blela lpk2.tp sendiri mau igtla service dia cmner.arak?mmg ada.tp tepuk dada tnya iman.sekadar berhibur blehla lpk layan air mineral yg berharga rm8.80..terkejut peserta induksi dgn harga camtu ketika aku ajak diaorg lepak.biasala tu.tgk tempatla...hehehehe
untuk keterangan lanjut perlancongan di negeri perak, blehla layari laman web
http://www.peraktourism.com/content.cfm
itu saja aku dapat laporkan dari keindahan bumi di perak..
Isnin 3.3.08 Taiping Golf Resort :-Taiping
aku xmenyangka bahwa aku akan merayap di taiping ni.pada permulaannya aku ditugaskan sebagai urusetia kursus bagi peringkat jabatan aku.disebabkan aku xbwak kete,dan naik keter jabatan maka aku xsangka aku akan kuar berjalan merayau dan meronda di pekan taiping.klu aku taula aku dpt merayap mcm ni,lama dh aku roger kengkawan kt tepeng.tp berbalik kepada kisahnya,aku pn menumpang org,jd buatla cara macam org menumpang.pada kengkawan tepeng aku,maaf dipinta.xsempat nk jmpe sbb jadual kursus pn pack sgt.tak sangka aku akan lepak kt taman tasik taiping ni.dgn kerenah macam2 org,macam2 bangsa dan macam2 jantina, aku ketawa sendirian mengenangkan bandar yg melebihi 100 tahun ini masih menyimpan kazanah yg lain daripada lain ni..
nk tau?dtglah ke taman tasik taiping pada malam minggu pukul 12 ke atas.hahahaha..aku xnk bgtau..
lepas lepak kt taman tasik,kitaorg beredar melihat apa yg ada di taiping.rupa2nya aku baru tau.area yg hidup sampai pagi di area taiping adalah area stesen kretapi.ini adalah disebabkan ramai rakyat dan masyarakt masih menggunakan perkhidmatan kretapi ni.jd no wonderla taiping pnye railway ni hidup.walaupun rupanya yg classic,tp susana dan panorama nya amat berlainan dan sangat menarik.tempat lain xder camni oOo..
di sni aku attach kan beberapa gambar yg aku shot.saja la wat tatapan melihat aksi dan permandangan taiping di waktu malam...
aku berada di taiping ni pn xlama.sekejap jer.dalam 3 hari.slps tu aku terus blk umah.penat jgk jadi urusetia merangkap peserta kursus.pada kengkawan yg aku xsempat nk hello,aku mintak maaf.lain kali aku dtg aku roger korang..k?
ok2...nnti dpt cd tu aku upload kan...tqvm bro!! read more
on My Wedding 25 Mei 2008